TRIP PERTAMA MEMANCING DI PULAU ANGSA PADA 18.3.2017

Thursday, 2 March 2017

Trip Pertama Memancing di Pulau Angsa pada 18.2.2017



Assalamualaikum..semua, Lama tak up dated dekat blog, saja saja nak hilang rasa boring dan tension, senarai pemancing2 adalah jenot, shafiq, si am, zamri, pak andak dan pak uteh.. bertolak dari kg assam jawa ke jeti sg buloh pada hari sabtu, masa bot bertolah adalah sekitar jam 8.30 setelah membuat bayaran kepada taukeh bot yang bernama ah long, mcm ah long pinjaman berlesen pulak..semuanya telah di bawa dari umpan, peralatan2 memancing, sarapan dari nasi lemah kedai embah minan di kg assam jawa..ada yang pertama kali memancing naik bot ke pulau angsa..si am, shafiq, abg jenot dan zamri, pastinya mereka akan teruja..masa ke padang pancing adalah kiranya dalam 30 minit dan di bawakan oleh tekong yang bernama wak Mahmud...tak banyak coleteh dari tekong kali ini...cuma cakao jom kita pindah ikan kat sini tak makan...huhuhuh..apa pun tak mengapa mungkin ikan baru nak berkenalan dgn kita..umpan semua dah terbaik, cuma kita orang tak ada yang bawa umpan hidup, airnya cantik, cuma ikan2 kecil sahaja menyambar umpan...terkejut jugak tengok nasi lemak terapong...rupa nya bekalan nasi yang di bawa telah expired dot....kami kembali semula di jeti jam 5.45, rasanya semua dapat ikan, maknanya semua dapat lesen...


 dalam perjalanan membelah samudra..


 masa di jeti..semua ceria2


 Pak Andak dan Shafiq Funder..hahaha, kalau ada rezeki payungi kami semua yer...


 si abg jenot memerhatikan dolphin di pulau angsa..memang ada dolphin, dulu masa mancing dgn pak ulong nampak sepasang dolphin..


 semua dah stanbye untuk naik bot..kami pergi tak lama, doakan perjalanan kami...bai 



 Al hamdulillah ada rezeki untuk di bawa pulang..


 shafiq funder berjaya menaikan kerapu..apa pun tahniah ..


 abg jenot layan ikan duri...kat sini pun duri, kat jambatan kuala selangorpun duri..


 zamri dengan 2 tangkapan sekaligus..duoble hook double gelama pisang..


 am pun berjaya menaikan ibu gelama..23 x 10...hahaha



 tahniah pak andak dengan baby pari...huhu..jadi lah rezeki..



 tahniah am dapat sembilang di pulau besar, kat sini batu ladung pak uteh banyak terbang..


 layaannnnn pak andak...layann



 seekor lagi kerapu yang berjaya di tangkap shafiq...torrrrbaekkkk...


inilah tuan punyer blog, jangan kecam saya,..sori kalau bahasa tak sedap di dendangkan untuk pembaca2..balik 2 durian, balik2 durian, tak ke bagokkkkk, mayonngggg...rasa nya dah lama tak naik bot ke pulau angsa..tapi kali ini test market dulu...


 duri dalam daging...


 encemnyer...malaysiaaaa..


 tahniah amly dapat tukar ke sabak...lepas ni ada trip kedua..


 pilih2 belek2..


 ok lah tu trip percubaan pertama tama..


 shifa tunjuk aksi bermain sarkas dgn ikan malong...


 wajah laut dan perahu tua adalah rakan setia hidup ku..
ini lah pak mahmud tekong yang membawa hampir 10 kali pindah..



 pak mahmud bagi ikan yang dia dapat, terima kasih pak mahmud..



 tengah pikir apa yang akan terjadi selepas ini..


Comments

Popular posts from this blog

TRIP KEDUA MEMANCING DI PULAU ANGSA PADA 18.3.2017

TRIP KETIGA MEMANCING DI PULAU ANGSA PADA 20.5.2017